Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra. 
23 April 2024 / Rabu - Satu Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penyelenggaraan Alat Pemadam Api (APA) Siri 1/2024 telah disempurnakan oleh PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu.
Kursus ini telah diadakan pada 22hb hingga 24hb April 2024 dengan kehadiran seramai 28 orang peserta dari gred KB24 hingga KB19.
Kursus ini direkabentuk untuk memberi penerangan kepada pegawai-pegawai bomba berkaitan keperluan sistem alat pemadam api mudah alih mengikut UBBL 1984, MS 1539 dan arahan jabatan. Kandungan modul yang disusun dapat membantu pegawai-pegawai bomba melaksanakan tugas samada untuk kajian pelan dan penguatkuasaan Akta 341.