AsSalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
25 Oktober 2024 / Jumaat - PgKB I Mohd Kharu bin Sulaiman, mewakili Pengarah Bahagian Latihan JBPM telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus 'Public Safety Diver' (PSD) Siri 1/2024. Turut hadir bersama PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara, PgKB II Muhammad Firdaus Khan bin Anwat Khan, Ketua Jurulatih PSD dan jurulatih² PSD.
Atur cara dalam majlis ini dimulakan dengan lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa, tayangan montaj, ucapan perasmian penutupan, penyampaian sijil, pemakaian 'patch', sijil praktikal terbaik, sijil teori terbaik dan sijil keseluruhan terbaik.
Kursus ini telah diadakan bermula 27 September 2024 hingga 25 Oktober 2024 dan melibatkan seramai 20 orang anggota. Kursus ini telah didedahkan dengan 5 modul iaitu Open Water Diver (9 hari), Advance Scuba Diver (7 hari), Diving First Aid for Profesional (PFAPRO) (2 hari), Rescue Scuba Diver (3 hari) dan Public Safety Diver (7 hari).