1 April 2024 (Isnin) - Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan April 2024 bagi Akademi Bomba Wilayah Utara telah diadakan di Auditorium Dato' Hj. Soiman bin Jahid. PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara telah menyempurnakan majlis ini serta diiringi oleh PKPgB Mohd Tajul Nizam bin Abdul Azam, Pemangku Ketua Pengajian Penyiasatan Kebakaran dan Puan Noor Liza binti Ahmad Yusuf, Ketua Cawangan Pengurusan & Logistik selaku penganjur Majlis.
Atur cara dalam majlis ini dimulakan lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa, disusuli bacaan doa, ucapan Komandan ABPM Wilayah Utara, penyampaian sijil pekerja contoh bulan Januari hingga Mac, penyampaian hadiah kelahiran anak dan meraikan pegawai yang lahir pada bulan Mac hingga April.
Dalam ucapan Komandan ABPM Wilayah Utara pada perhimpunan ini, beliau menyampaikan beberapa perkara penting terutamanya berkaitan integriti sebagai penjawat awam yang perlu diterapkan dalam diri setiap staf Akademi. Penerangan berkaitan perlaksanaan audit bersepadu berkaitan MS ISO 9001:2015, MS ISO 45001:2018 & MS ISO 37001:2016 turut disampaikan bagi pemahaman kepada semua. Fasa bagi tiga sijil tersebut iaitu QSM, OSH & ABMS akan di audit kepada 5 buah Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia pada Jun 2024 turut dimaklumkan agar ia membolehkan persediaan pada semua staf ABPM Wilayah Utara.
Diakhir majlis telah diadakan sesi perkenalan staf baru Unit Kewangan iaitu Puan Norhayati binti Kamaruddin.