8 Februari 2024 (Khamis) - Majlis Perhimpunan Tahunan Tahun 2024 bagi Akademi Bomba Wilayah Utara telah diadakan di Auditorium Dato' Hj. Soiman bin Jahid. PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara telah menyempurnakan majlis ini serta diiringi oleh PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Ketua Pengajian Operasi Kebombaan. Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Pengajian Operasi Kebombaan.
Atur cara dalam majlis ini dimulakan lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa, disusuli bacaan doa, tayangan montaj pencapaian ABPM Wilayah Utara sepanjang tahun 2023, bacaan ikrar Akauntabiliti dan Integriti SKAI, ucapan amanat YAS Ketua Pengarah JBPM yang disampaikan oleh Komandan ABPM Wilayah Utara, penyampaian surat kenaikan pangkat W26 (TBK II), pemakaian tanda pangkat gred KB22 (TBK I), penyampaian Sijil Perkhidmatan Terpuji bagi tahun 2023, penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada staf yang terlibat dengan program kementerian/jabatan, penyampaian sijil OSH Train The Trainer (TTT) NIOSH & meraikan pegawai yang lahir pada bulan Januari hingga Februari.