AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi, Tinggi, Cepat dan Mesra.
8 JANUARI 2026 | Khamis – Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (KSKK) ABPM Wilayah Utara telah menganjurkan Majlis Titipan Memori Seikhlas Budi bertempat di Cafe Warisan Bonda, Ipoh. Majlis ini diadakan khusus bagi menghargai jasa dan sumbangan bakti PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu yang bakal memulakan tugas baharu di JBPM WP Kuala Lumpur berkuat kuasa 15 Januari 2026.
Majlis yang penuh bermakna ini dihadiri oleh PgKB I Nor Rasidamayati binti Abd Rasid, Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara, barisan pegawai kanan, serta seluruh warga akademi. Kehadiran para pesara dan mantan staf Akademi turut menambah suasana hiba dan ukhuwah, sekali gus mencerminkan impak positif yang ditinggalkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di sini.
Warga ABPMWU merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas segala khidmat bakti yang dicurahkan PgKB II Ts Vijayan a/l Marimuthu.
Selamat maju jaya di tempat baharu..