MESYUARAT AGUNG KSKK Akademi Bomba Wilayah Utara 2026-2028 KALI KE-6 📌📝
TB 8 JANUARI 2026 | KHAMIS - Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (KSKK) ABPM Wilayah Utara telah mengadakan Mesyuarat Agung KSKK kali ke-6 bertempat di Auditorium Dato' Haji Soiman, ABPM Wilayah Utara dengan kehadiran para ahli dan ahli jawatankuasa (AJK) kelab.
Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang itu dimulakan dengan ucapan perutusan oleh YDP KSKK, PgKB I Nor Rasidamayati binti Abd Rasid yang menyampaikan penghargaan kepada semua ahli atas sokongan berterusan terhadap aktiviti kelab sepanjang tempoh 2024-2026.
Mesyuarat turut menekankan tujuan utama penubuhan KSKK yang antaranya adalah untuk menjalin semangat muhibbah, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli termasuk aspek kebajikan.
Antara agenda utama mesyuarat ialah pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat dan laporan kewangan bagi sesi 2024-2026. Laporan tersebut telah diterima dan disahkan sebulat suara oleh para ahli.
Turut berlangsung adalah pembubaran rasmi AJK sesi 2024-2026 serta pelantikan AJK baharu bagi sesi 2026-2028. Proses pemilihan juga berlangsung secara lancar. Tahniah kepada semua yang berjaya diatas pemilihan oleh ahli KSKK ABPM Wilayah Utara.
Mesyuarat turut memberi ruang kepada ahli untuk membangkitkan perkara berbangkit dan mengemukakan usul bagi penambahbaikan kelab pada masa hadapan.
Majlis ditangguhkan pada jam 5.20 petang dengan ucapan penangguhan oleh YDP, yang mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua pihak serta menyeru agar kerjasama kukuh diteruskan demi kesejahteraan bersama.