25 Mac 2024/Isnin - Beberapa juruaudit JBPM telah hadir ke Akademi Bomba Wilayah Utara bagi melaksanakan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015, MS ISO 37001:2016 dan MS ISO 45001:2018 bermula 25/03/2024 hingga 27/03/2024.
Pasukan juruaudit diketuai oleh PPjB Mohd Razam bin Taja Rahim bersama 9 orang juruaudit Jabatan hadir bagi pengauditan kali ini. Turut hadir dalam mesyuarat pembukaan ini adalah PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara bersama Ketua² Pengajian, Ketua² Cawangan, pegawai² PS & PK ABPM Wilayah Utara.