AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
11 Mac 2025 / Selasa - Bulan Ramadan tahun ini Kelab Sukan, Kebajikan & Kebudayaan (KSKK) Akademi Bomba Wilayah Utara telah memberi sumbangan kepada keluarga ASNAF di kawasan Tronoh.
PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Timbalan Yang Dipertua KSKK ABPM Wilayah Utara bersama Puan Nor Adila dan PBK I Sulaiman telah memyantuni keluarga ASNAF & beberapa orang pesara² ABPM Wilayah Utara yang kini kurang sihat.
Semoga kalian semua diberi kesembuhan & kesihatan yang baik.