7 Februari 2025 (Jumaat) - Majlis Perhimpunan Tahunan Tahun 2025 bagi Akademi Bomba Wilayah Utara telah diadakan di Auditorium Dato' Hj. Soiman bin Jahid. PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara telah menyempurnakan majlis ini serta diiringi oleh PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Ketua Pengajian Operasi Kebombaan dan PgKB II Ts. Vijayan a/l Marimuthu, Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran. Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Pengajian Operasi Kebombaan.
Atur cara dalam majlis ini dimulakan lagu Negaraku, lagu negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" dan Siap Sedia Setiap Masa, disusuli bacaan doa, tayangan montaj pencapaian ABPM Wilayah Utara sepanjang tahun 2024, bacaan ikrar rukun negara, ikrar akauntabiliti dan integriti SKAI, ucapan amanat YAS Ketua Pengarah JBPM yang disampaikan oleh Komandan ABPM Wilayah Utara, pemakaian tanda pangkat KB 7 (TBK 2), KB2 , KB2 (TBK 1), penyampaian sijil pekerja contoh suku tahun ke-3 dan ke-4 tahun 2024, penyampaian sijil kecemerlangan UKTK Tahun 2024, sijil penurunan berat ideal serta konsisten tahun 2024, sijil penyertaan program wellnesshub tahun 2024 dan meraikan sambutan hari lahir staf bulan Januari hingga Februari.