AsSalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
 
11 Jun 2025 | Rabu - Seramai 28 orang peserta telah menyertai Program Bomba Life Support (BLS) yang diadakan di Akademi Bomba Wilayah Utara. Program ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam memperkasakan ilmu kecemasan asas khususnya dalam teknik bantuan pernafasan dan penyelamatan awal.
Program yang dijalankan secara intensif itu dikendalikan oleh pasukan EMRS ABPM Wilayah Utara iaitu PBK I Hasnol Hakim dibantu 5 orang fasilitator. Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada teori dan praktikal menyeluruh melibatkan teknik bantuan pernafasan, penggunaan peralatan kecemasan asas serta prosedur kecemasan semasa insiden.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan pegawai bomba dalam memberikan bantuan awal yang efektif sebelum ketibaan pasukan perubatan profesional. Ilmu BLS bukan sahaja penting untuk anggota penyelamat, malah bermanfaat kepada orang awam dalam menyelamatkan nyawa ketika berlaku kecemasan seperti serangan jantung, lemas atau kemalangan. Para peserta turut menunjukkan komitmen tinggi sepanjang sesi teori dan amali dijalankan.