4 April 2024/Khamis - Misi #QuranHour 2024 kali ini diteruskan bagi memartabatkan Al-Quran melalui baca, faham & amal. Al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan bagi seluruh umat Islam yang releven sepanjang zaman.
Bersempena dengan #QuranHour 2024 hari ini, Akademi Bomba Wilayah Utara telah mengadakan bacaan & menghayati Surah Al-Jumu'ah ayat 62. Turut menjayakan program ini PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPM Wilayah Utara bersama kakitangan ABPM Wilayah Utara.