Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.



08 MAC 2024/JUMAAT -
Rakaman simulasi gerak kerja Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) bagi acara Penyelamat di Air telah dilaksanakan oleh Pasukan Khas PPDA Akademi Bomba Wilayah Utara. Sesi rakaman simulasi ini telah dipantau oleh Komandan ABPM Wilayah Utara, PgKB I Aswadi bin Hj Ismail bersama PKPgB Mohd Saiful Idhlan bin Ismail selaku Advisor PPDA Akademi. Sesi rakaman telah dirancang oleh PBK II Mohd Nazri bin Abidin dengan bantuan PBK II Yusli Shahrudin bin Yusof, Ketua Unit ICT ABPM Wilayah Utara. Rakaman simulasi gerak kerja PKK ini bertujuan bagi mendapatkan gerak kerja sebenar bagi pertandingan acara Penyelamatan di air PKK yang akan dilaksanakan pada tahun 2024.