21 JULAI 2026 (SELASA) — Program Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan serta Aktiviti Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta serta Pegawai Wellness Hub KKM Kinta bagi memupuk budaya kerja sihat dan selamat.
Antara Pengisian Utama Program:
Ceramah Kecelikan Pemakanan — Pn. Aniza bt Omar (Pegawai Sains Pemakanan, KK Chemor)
Ceramah Gaya Hidup Sihat — Pn. Nurul Akmal bt Mohd Wasai (Coach Wellness Hub Kinta)
Pemeriksaan Kesihatan — Pegawai Kesihatan Tronoh
Ujian Kecergasan — Pegawai Wellness Hub Kinta
Penglibatan Peserta:
Program ini menyaksikan penglibatan seluruh warga kerja ABPM Wilayah Utara, pekerja pembersihan & pengawal Keselamatan (RELA)
Matlamat Utama:
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran berkaitan pengurusan kesihatan individu serta memantapkan amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam kalangan seluruh warga kerja di premis ABPM Wilayah Utara.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat dan persekitaran kerja yang selamat!