Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
 
08.04.2025 (Selasa) – Cawangan Pengurusan dan Logistik Akademi Bomba Wilayah Utara telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Prestasi Myperformance bertempat di Auditorium Dato’ Haji Soiman dengan kehadiran 47 kakitangan yang terdiri dari anggota Bomba dan kakitangan gunasama.Taklimat ini disampaikan oleh Puan Nor Zailaton binti Md Saleh dari Bahagian Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif taklimat adalah untuk menambah baik tadbir urus pengurusan prestasi, memperkasa organisasi dalam aspek pengurusan sumber manusia dan penyampaian sistem pengurusan prestasi berdasarkan fungsi Jabatan.
Taklimat ini dijalankan dua sesi, sesi pertama berkaitan Pengenalan kepada Myperformance dan Submodal Sasaran Kerja Utama PYD,PP & PPS. Sesi kedua Submodal Kompetensi Tingkah Laku (KTL), Submodal Penglibatan dan Sumbangan, Submodal Nilai Sepunya dan Fungsi Career Development (CDC).
Pihak pengurusan berharap dengan terlaksananya taklimat ini akan dapat memberi