4 APRIL 2024 / KHAMIS - Satu Taklimat Berkaitan Penyakit Haba dan Cuaca Panas telah dilaksanakan bertempat di Auditorium Dato' Hj Soiman bin Jahid. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dr. Nirwan bin Oksa, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Batu Gajah adalah anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara. Komandan Akademi Bomba Wilayah Utara , PgKB I Aswadi bin Hj Ismail turut hadir mengikuti program bersama-sama kakitangan ABPM Wilayah Utara. Tujuan taklimat bagi mengetahui cara atau kaedah mengatasi masalah penyakit haba dan cuaca panas serta memastikan keselamatan dan kesihatan semua staf ABPM Wilayah Utara berada pada tahap terbaik.