Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Perkara: UJIAN KECERGASAN TAKTIKAL KEBOMBAAN (UKTK) TAHUN 2025 ABPM WILAYAH UTARA
10 Februari 2025 / ISNIN - Aktiviti Ujian Kecergasan Taktikal Kebombaan (UKTK) bagi kakitangan beruniform Akademi Bomba Wilayah Utara telah dilaksanakan. UKTK merupakan satu ujian yang dilaksanakan setiap tahun bagi menilai kecekapan Pegawai Bomba dalam asas pemadaman dan penyelamatan. Ujian ini melibatkan 4 disiplin utama iaitu ujian membentang dan mengulung hose, menaiki tangga, menarik peralatan dan membimbit peralatan. Ujian UKTK ini diwajibkan kepada Gred KB4 ke bawah, namun pada ujian UKTK kali ini 4 orang pegawai kanan (Gred KB 7 dan 6) ABPM Wilayah Utara turut serta menjalani ujian tersebut sehingga selesai.