Keselamatan Kebakaran

Pengenalan

Wujudnya Pengajian Keselamatan Kebakaran, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, amatlah penting dalam menentukan halatuju dan keberkesanan dalam aspek latihan dan pengembangan ilmu pencegahan dan keselamatan kebakaran kepada anggota bomba yang sedang berkhidmat, pelatih-pelatih Kursus Diploma dan Asas Sains Kebombaan, institusi kerajaan, institusi swasta, badan-badan sukarela dan orang awam. Di samping itu juga Pengajian Keselamatan Kebakaran berperanan dalam mendidik penghuni-penghuni bangunan dan orang awam dalam aspek keselamatan kebakaran serta membentuk ‘Budaya Keselamatan Kebakaran’ melalui kursus-kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan.

Fungsi

Image

Matlamat

Melahirkan Pegawai Bomba yang professional, cekap, berpengetahuan, berdisplin serta sentiasa berusaha kearah mewujudkan satu organisasi kebombaan dan penyelamatan yang ‘world class’ sebagai teras kecemerlangan Jabatan. Pengajian Penyelamatan sentiasa berusaha membentuk keunggulan Jabatan dengan melengkapkan pegawai-pegawainya dengan sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan penyelamatan melalui program –program latihan yang berterusan serta terancang dengan matlamat melahirkan personel yang berintegriti dan kompeten terhadap tanggungjawab pelaksanaan tugas yang bersesuaian dengan pangkat dan jawatan menerusi penggunaan sumber yang berkesan dan berteknologi.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Wilayah Timur Jln Kuala Berang, 21040 Marang, Terengganu

Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan