Penyiasatan Kebakaran
Pengenalan
Pengajian Penyiasatan Kebakaran yang satu ketika dahulu dikenali sebagai Pusat Pengajian Undang - Undang di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai adalah salah satu bahagian daripada cabang pengajian – pengajian yang ada di Akademi ini. Disebabkan oleh perubahan struktur organisasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, di mana berlaku beberapa perubahan bahagian – bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya, maka Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia tak terkecuali daripada menerima perubahan tersebut. Bahagian Penyiasatan yang dahulunya merupakan satu unit yang kecil di bawah Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah dikembangkan menjadi satu bahagian melalui penstrukturan semula Jabatan.Ia merupakan bahagian yang semakin penting dalam menyokong “ core business ‘’ JBPM pada hari ini. Walaupun namanya sama tapi fungsi dan peranannya adalah berbeza dari segi tugas dan tanggungjawab.
Di Ibu Pejabat Putrajaya Bahagian Penyiasatan berperanan sebagai bahagian yang membuat pengubalan beberapa peraturan yang berkait dengan bidang penyiasatan kebakaran atau Fire Forensik dan menyediakan kepakaran dan tenaga pengajar dalam bidang tersebut. Di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Pengajian Penyiasatan Kebakaran bertangggungjawab dalam menyediakan beberapa modul pembelajaran kepada klien jabatan iaitu pelatih – pelatih baru dan anggota Bomba Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Di Ibu Pejabat Putrajaya Bahagian Penyiasatan berperanan sebagai bahagian yang membuat pengubalan beberapa peraturan yang berkait dengan bidang penyiasatan kebakaran atau Fire Forensik dan menyediakan kepakaran dan tenaga pengajar dalam bidang tersebut. Di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Pengajian Penyiasatan Kebakaran bertangggungjawab dalam menyediakan beberapa modul pembelajaran kepada klien jabatan iaitu pelatih – pelatih baru dan anggota Bomba Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Fungsi
Bertanggungjawab menyediakan program latihan dan amali yang berkaitan dengan penyiasatan kebakaran atau forensik kebakaran kepada setiap pegawai bomba mengikut gred dan jawatan.
Bertanggungjawab menyediakan program latihan dan amali yang berkaitan dengan perundangan kebombaan Akta 341 kepada setiap pegawai bomba mengikut gred dan jawatan.
Seiring dengan misi jabatan untuk melahirkan pegawai penyiasat yang profesioanal dan berintegriti melalui program latihan secara saintifik dan sistematik.
Merancang, merangka dan menyelia program latihan berkaitan sains forensik dan perundangan dalam penyiasatan kebakaran.
Berperanan menyelia dan menganalisa modul-modul kursus dan program latihan bertepatan dengan kumpulan sasar sejajar dengan pangkat dan jawatan para pegawai.
Bertanggungjawab merancang, merangka dan mengemaskini kursus-kursus berkaitan mengikut kesesuaian semasa.
Memastikan setiap peralatan dan kelengkapan kursus atau program latihan kendelaian Pengajian Penyiasatan berada dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.
Memastikan perancangan kursus dan program latiahan penyiasatan dan perundangan berjalan dengan cekap dan berkesan.
Matlamat
Melahirkan Pegawai Bomba yang professional, cekap, berpengetahuan, berdisplin serta sentiasa berusaha kearah mewujudkan satu organisasi kebombaan dan penyelamatan yang ‘world class’ sebagai teras kecemerlangan Jabatan. Pengajian Penyelamatan sentiasa berusaha membentuk keunggulan Jabatan dengan melengkapkan pegawai-pegawainya dengan sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan penyelamatan melalui program –program latihan yang berterusan serta terancang dengan matlamat melahirkan personel yang berintegriti dan kompeten terhadap tanggungjawab pelaksanaan tugas yang bersesuaian dengan pangkat dan jawatan menerusi penggunaan sumber yang berkesan dan berteknologi.