Pemadaman Kebakaran
Pengenalan
Pengajian Pemadaman Kebakaran, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengajian Operasi adalah merupakan salah satu pengajian yang diwujudkan bagi memantapkan pelaksanaan kursus-kursus ke arah pencapaian matlamat Akademi khususnya di dalam bidang Pemadaman Kebakaran. Bagi merealisasikan objektif Jabatan, Pengajian Pemadaman Kebakaran bersedia dan bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat-maklumat Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan. Ini dapat memenuhi hasrat Jabatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan cekap dan profesional selaras dengan Misi dan Visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Fungsi
Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program kursus dan latihan kepada Pegawai Bomba dengan cekap dan berkesan.
Melahirkan Pegawai Bomba yang berkemahiran dan berpengetahuan berkaitan Operasi Kebombaan.
Menyemak dan menyediakan Standard Operation Procedur (SOP) serta peraturan Jabatan berkaitan dengan Operasi Kebombaan dan Penyelamatan.
Membantu Jabatan menerapkan nilai-nilai disiplin yang tinggi kepada Pegawai Bomba semasa mereka menjalankan tugas dan tanggunggjawab serta cekap dan berdisiplin.
Merangka serta menyelaras semua kursus yang berkaitan dengan Pengajian Pemadaman Kebakaran.
Memastikan perlaksanaan kursus berkaitan dengan Operasi Pemadaman Kebakaran dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
Merangka, merancang dan menyemak modul dan nota-nota pembelajaran berkaitan kursus-kursus yang dijalankan.
Mengkaji dan memastikan peralatan dan kelengkapan yang sesuai digunakan untuk kursus-kursus di bawah kendalian Pengajian Pemadaman Kebakaran.
Merancang perkara yang berkaitan dengan perbelanjaan kursus, latihan dan infrastruktur.
Menyedia, memasti, menyemak dan mengkaji semua kursus yang bersesuaian berkaitan Pengajian Pemadaman Kebakaran.
Mengkaji dan menyemak kredebiliti semua pegawai latihan bagi memastikan perlaksanaan kursus dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
Memastikan perbelanjaan bagi setiap pembelian peralatan dan simulasi berkaitan kursus untuk Pengajian Pemadaman Kebakaran bertepatan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Matlamat
Melahirkan Pegawai Bomba yang professional, cekap, berpengetahuan, berdisplin serta sentiasa berusaha kearah mewujudkan satu organisasi kebombaan dan penyelamatan yang ‘world class’ sebagai teras kecemerlangan Jabatan. Pengajian Pemadaman sentiasa berusaha membentuk keunggulan Jabatan dengan melengkapkan pegawai-pegawainya dengan sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan pemadaman melalui program –program latihan yang berterusan serta terancang dengan matlamat melahirkan personel yang berintegriti dan kompeten terhadap tanggungjawab pelaksanaan tugas yang bersesuaian dengan pangkat dan jawatan menerusi penggunaan sumber yang berkesan dan berteknologi.