ππππππ πππππππππ πππππππ πππππ πππ ππππππππππ ππππππππ πππππππ ππππππ ππππ
ππππππ πππππππππ πππππππ πππππ πππ ππππππππππ ππππππππ πππππππ ππππππ ππππ
GENTING HIGHLAND, 5 Disember 2024: Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah telah menganjurkan Majlis Apresiasi Tahun 2024 bertempat di Hotel Geo, Genting Highland. Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Pegawai ABPM Wilayah Tengah ini bertujuan menghargai sumbangan dan dedikasi kakitangan serta pegawai yang telah mencipta impak besar sepanjang tahun.
Majlis bermula pada jam 8.00 malam dengan ketibaan jemputan, diikuti ketibaan tetamu kehormat, PKPjB Syufaβat bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah. Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum PKPjB Syufaβat menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapannya, beliau menekankan penghargaan kepada seluruh warga akademi atas usaha dan kerjasama yang berterusan, serta harapan untuk kecemerlangan yang berpanjangan.
Majlis turut menyaksikan ucapan penghargaan daripada pegawai yang bertukar, iaitu:
PKPjB Muhamad Azmi bin Ismail (Mantan Komandan)
PKPgB Noorzawahir bin Busu.
Pegawai yang dinaikkan pangkat juga diberi ruang untuk menyampaikan ucapan mereka, antaranya:
PgKB I Mohd Elyas bin Hussin
Puan Nadiah binti Abd Kadir
Salah satu detik istimewa majlis adalah tayangan montaj khas yang menampilkan penghormatan kepada pegawai bertukar dan pegawai yang dinaikkan pangkat. Montaj tersebut memaparkan kenangan, pencapaian, serta sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di ABPM Wilayah Tengah.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan sumbangan kebajikan kepada individu terpilih sebagai tanda penghargaan. Jamuan makan malam dan sesi bergambar mengakhiri majlis dalam suasana penuh harmoni dan mesra sebelum para hadirin bersurai.
Program ini menjadi bukti penghargaan dan sokongan padu terhadap setiap individu yang telah menyumbang kepada kecemerlangan ABPM Wilayah Tengah. #SiapSediaSetiapMasa