Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

PERKASA KEPAKARAN SIASATAN KEBAKARAN: KURSUS ELECTRICAL ASPECTS OF FIRE INVESTIGATION

PERKASA KEPAKARAN SIASATAN KEBAKARAN: KURSUS ELECTRICAL ASPECTS OF FIRE INVESTIGATION
​Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Electrical Aspects of Fire Investigation yang diadakan pada 5 hingga 9 Oktober 2026.

​Kursus ini telah dihadiri oleh 30 orang pegawai bomba, termasuk penyertaan khas 2 orang pegawai wanita dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kepakaran teknikal para pegawai dalam menganalisis serta mengenal pasti punca kebakaran berasaskan elektrik.


​Setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu ini terus mengukuhkan tahap profesionalisme pasukan penyelamat.

LAWATAN PERKEMBANGAN ILMU STAFF TOL PLUS DAN MAAHAD TAHFIZ AL-MAWADDAH KE ABPM WILAYAH TENGAH

LAWATAN PERKEMBANGAN ILMU PLUS DAN MAAHAD TAHFIZ AL-MAWADDAH KE ABPM WILAYAH TENGAH

Kuala Kubu Bharu, 26 Ogos 2026 – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah telah menerima kunjungan daripada Plaza Tol USJ Seksyen C6 Wilayah Tengah bersama Maahad Tahfiz Al-Mawaddah, Puchong menerusi Program Lawatan Perkembangan Ilmu.

Lawatan yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu melibatkan seramai 20 kakitangan PLUS dan 16 murid tahfiz.

Program dikendalikan oleh warga ABPM Wilayah Tengah yang diketuai oleh TPgB II Mohd Misri bin Safar, dengan pengisian berkaitan ilmu kebombaan serta pendedahan mengenai peranan dan fungsi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Program ini diharap dapat memberi pengalaman serta pengetahuan bermanfaat kepada semua peserta.

Cawangan Praktikal Kebombaan
ABPM Wilayah Tengah

#ABPMWilayahTengah #JBPM #BombaMalaysia #PLUS #LawatanIlmu

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH DARUL QURAN JAKIM KE ABPM WILAYAH TENGAH

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH DARUL QURAN JAKIM KE ABPM WILAYAH TENGAH

KUALA KUBU BHARU, 20 OGOS 2026 (KHAMIS) – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah hari ini telah menerima Kunjungan Hormat daripada Delegasi Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diketuai oleh Pengarah Darul Quran, YBrs. Puan Mastuyah binti Sahari.

Sesi kunjungan hormat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Enggang, ABPM Wilayah Tengah pada jam 2.30 petang ini telah disambut mesra oleh Komandan ABPM Wilayah Tengah, YBrs. PKPjB Syufa’at bin Kamaron bersama barisan pengurusan tertinggi Akademi.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama dan kolaborasi strategik antara kedua-dua agensi demi manfaat bersama pada masa hadapan. Sesi perjumpaan turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan serta wakil pengurusan daripada ABPM Wilayah Tengah dan Darul Quran.

Pertemuan ini diakhiri dengan sesi perbincangan serta penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Seluruh warga ABPM Wilayah Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan delegasi Darul Quran JAKIM ke Akademi ini.

#ABPMWilayahTengah #DarulQuran #JAKIM #BombaMalaysia #KunjunganHormat #KerjasamaStrategik #KualaKubuBharu

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan