๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐๐ง (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐: ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!
KUALA KUBU BHARU, 25 Mei 2026 โ Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Siri 3/2026 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di ABPM Wilayah Tengah hari ini. Daripada 49 pelatih pada peringkat awal, hanya 39 'insan terpilih' berjiwa kental berjaya membuktikan kecekalan sehingga ke garisan penamat. Kekuatan baharu barisan hadapan negara ini diperkukuhkan lagi dengan kemasukan 21 anggota dari Negeri Sembilan dan 18 anggota dari Johor.
Sepanjang 10 hari berkampung, para pelatih dicanai siang dan malam dengan modul latihan ekstrem termasuk sains kebakaran, operasi pam, pemakaian alat pernafasan (BA), sehinggalah latihan intensif Compartment Fire Behavior Training (CFBT). Disiplin tinggi ini membuahkan hasil apabila data ujian kecergasan fizikal (PT) seawal jam 7 pagi menunjukkan lonjakan prestasi yang amat drastik iaitu meningkat sebanyak 70 peratus.
Majlis penutupan oleh Komandan ABPM Wilayah Tengah, YBrs. PKPjB Syufaโat bin Kamaron turut menyaksikan penganugerahan buat pelatih cemerlang. PBB Mohamad Hakim bin Abd Malik dinobatkan sebagai Keseluruhan Terbaik, manakala PBB Muhammad Wazini bin Zalbani memenangi Praktikal Terbaik dan PBB Nur Fauzan Izzani bin Khazali bagi Teori Terbaik. Selamat bertugas kepada semua wira baharu, bawalah mutu kerja kelas pertama di lapangan nanti!