AUDIT PEMANTAUAN ISO 45001:2018 ABPM WILAYAH TENGAH TANPA NCR

KUALA KUBU BHARU, 30 Oktober 2026 — Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah telah mengadakan Mesyuarat Penutup Audit Pemantauan ISO 45001:2018 oleh pihak SIRIM pada pukul 3.00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Enggang.

Alhamdulillah, audit pemantauan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tersebut selesai tanpa sebarang Laporan Ketakakuran (NCR).

Pihak akademi merakamkan penghargaan kepada pihak SIRIM serta seluruh warga akademi atas kerjasama sepanjang pelaksanaan audit. Pencapaian ini menjadi dorongan untuk terus memperkukuh budaya kerja yang selamat dan sihat melalui penambahbaikan berterusan.