16 OKTOBER 2025 – Seramai 30 pelatih bomba bersama 86 pegawai dan staf Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (APBM) Wilayah Tengah telah menyertai Bengkel Pengukuhan Integriti dan Nilai yang diadakan di sini, hari ini. Bengkel yang bermula jam 8:30 pagi itu menampilkan penceramah dari Unit Integriti JBPM, Puan Ummi Aliah Binti Bahudin. Beliau menekankan kepentingan akauntabiliti, disiplin, dan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam. Para peserta didedahkan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 [P.U.(A) 395/1993] serta peranan penyelia dalam mengawasi tatatertib melalui Sistem Kawalan Akauntabiliti dan Integriti (SKAI). Puan Ummi Aliah turut mengingatkan bahawa imej jabatan adalah lebih penting daripada populariti diri. Program ini bertujuan memupuk budaya kerja berintegriti tinggi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari.