𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐣𝐞𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐉𝐁𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓

Majlis perasmian Bengkel Persediaan Perolehan di Bawah Bajet Pembangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tahun 2025 telah berjaya disempurnakan oleh YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).

📅 Tarikh Bengkel:
25 Disember hingga 29 Disember 2024

📍 Lokasi:
Bilik Kuliah Ixora 2, Asrama Ixora, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

Objektif Bengkel:
Bengkel ini bertujuan:

Membantu peserta memahami garis panduan dan prosedur perolehan terkini.
Memastikan pelaksanaan perolehan bajet pembangunan tahun 2025 berjalan secara terancang dan cekap.

Tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur atas kejayaan majlis dan bengkel ini! 🚒🔥