JUBLI EMAS: 28 PEGAWAI KADET BOMBA KINI SEDIA BERBAKTI ππ¨
Kuala Kubu Bharu, 6 Mac - Tahniah diucapkan kepada 28 Pegawai Kadet yang telah berjaya menamatkan latihan intensif Diploma Pascasiswazah & Diploma Lanjutan Sains Kebombaan Siri 1/2025 di ABPM Wilayah Tengah pagi tadi! Majlis penuh istiadat ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri KPKT. ποΈ
Apa yang membanggakan, latihan kali ini bukan sahaja mendapat akreditasi penuh MQA, malah para graduan membuktikan ketahanan mental yang luar biasa apabila berjaya menamatkan latihan dalam keberkatan bulan Ramadan serta bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penyatuan Bomba Malaysia. Memang terbaik! πβ¨
Syabas kepada semua penerima anugerah, terutamanya PgB Muhammad Alfian Mashuti dan PPgB Zahid Enriqh atas kecemerlangan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan. Semoga kehadiran 'Future Leaders' ini terus memperkukuh kualiti perkhidmatan JBPM demi keselamatan rakyat dan negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI. π²πΎπ₯
#KPKT #JBPM #BombaMalaysia #MalaysiaMadani #LatihanBomba #JubliEmasBomba #AbpmWilayahTengah