KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH DARUL QURAN JAKIM KE ABPM WILAYAH TENGAH

KUALA KUBU BHARU, 20 OGOS 2026 (KHAMIS) – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah hari ini telah menerima Kunjungan Hormat daripada Delegasi Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diketuai oleh Pengarah Darul Quran, YBrs. Puan Mastuyah binti Sahari.

Sesi kunjungan hormat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Enggang, ABPM Wilayah Tengah pada jam 2.30 petang ini telah disambut mesra oleh Komandan ABPM Wilayah Tengah, YBrs. PKPjB Syufa’at bin Kamaron bersama barisan pengurusan tertinggi Akademi.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama dan kolaborasi strategik antara kedua-dua agensi demi manfaat bersama pada masa hadapan. Sesi perjumpaan turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan serta wakil pengurusan daripada ABPM Wilayah Tengah dan Darul Quran.

Pertemuan ini diakhiri dengan sesi perbincangan serta penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Seluruh warga ABPM Wilayah Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan delegasi Darul Quran JAKIM ke Akademi ini.

#ABPMWilayahTengah #DarulQuran #JAKIM #BombaMalaysia #KunjunganHormat #KerjasamaStrategik #KualaKubuBharu