Laporan Ringkas Kursus Fire Safety Management
Penganjur: Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu
Peserta: 18 orang, termasuk pensyarah dan kakitangan dari Fakulti Keselamatan Kebakaran Universitas Negeri Jakarta, Indonesian Standardisation Agency, dan Indonesian Fire & Rescue Foundation
Tarikh: 11-14 November 2024
Tempat: Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah
Objektif Kursus: Kursus intensif selama empat hari ini bertujuan memperkenalkan konsep pengurusan keselamatan kebakaran di Malaysia kepada peserta dari Indonesia. Fokusnya termasuk memahami peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam keselamatan kebakaran dan pelaksanaan peraturan keselamatan di setiap fasa pembangunan bangunan.
Topik-Topik Utama:
Lawatan Sambil Belajar ke Hotel Shangri-La Kuala Lumpur: Sebagai sebahagian daripada kursus, para peserta mengadakan lawatan ke Hotel Shangri-La Kuala Lumpur untuk melihat amalan pengurusan keselamatan kebakaran di sektor hotel. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk menilai sistem keselamatan, latihan pengungsian, dan strategi pencegahan yang diterapkan bagi memastikan keselamatan penghuni dan pengunjung hotel.
Penutup: Kursus ini memperkuatkan jalinan kerjasama antara JBPM dan Universitas Negeri Jakarta dalam bidang keselamatan kebakaran. Maklum balas positif menunjukkan minat yang tinggi untuk mengaplikasikan pendekatan JBPM di peringkat antarabangsa, sekaligus membuka peluang bagi pertukaran ilmu secara berterusan antara kedua-dua negara.
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan