Lafaz Ikrar SKAI Memperkasakan Integriti Warga ABPM Wilayah Tengah
Kuala Kubu Bharu, 30/1/2026 – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah telah berjaya melaksanakan Majlis Ikrar Akauntabiliti dan Integriti (SKAI) bertempat di Auditorium Haji Mansur pada jam 3.30 petang tadi.
Majlis yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan ini menyaksikan sesi bacaan ikrar yang dipimpin oleh Pegawai Adjutant, PgKB I Shamsul Nizar bin Zubir, sebagai simbol komitmen teguh terhadap amanah Jabatan.
Sesi penuh bermakna ini disaksikan sendiri oleh Komandan ABPM Wilayah Tengah, YBrs. PKPjB Syufa’at bin Kamaron. Pelaksanaan SKAI ini bertujuan untuk terus membudayakan nilai akauntabiliti dan integriti yang tinggi dalam kalangan setiap pegawai bagi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik.