𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 (𝐏𝐓𝐃) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓
13 Februari 2025 – Kursus Pascasiswazah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Siri 1/2025 bagi Modul Kebombaan dan Penyelamatan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu memasuki hari keempat dengan pelbagai aktiviti teori dan praktikal bagi melengkapkan latihan yang telah dijalankan sepanjang minggu.
Aktiviti Hari Keempat
1. Taklimat dan Demonstrasi oleh Unit Udara dan Unit K9
• Peserta diberi penerangan mengenai peranan Unit Udara JBPM, termasuk operasi penyelamatan menggunakan helikopter dalam misi kecemasan.
• Demonstrasi Unit K9 JBPM, memaparkan kemahiran anjing pengesan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
2. Peperiksaan Teori Kebombaan
• Peserta menduduki peperiksaan teori bagi menilai pemahaman mereka terhadap konsep kebombaan, prosedur keselamatan, serta aspek penyelamatan yang telah dipelajari sepanjang kursus.
3. Impak Maksima (Majlis Makan Malam Bertemakan Hulubalang)
• Malam kemuncak kursus diserikan dengan Majlis Makan Malam “Impak Maksima”, bertemakan Hulubalang, yang menampilkan konsep keberanian, kepimpinan, dan keperwiraan.
• Majlis turut diisi dengan sesi penghargaan kepada peserta terbaik, ucapan penutup, serta persembahan khas yang mencerminkan nilai kepimpinan dan semangat pasukan yang telah dibina sepanjang kursus.
Sekian, terima kasih.