Latihan Jalan Lasak 12KM: Kadet DPSK & DLSK Sahut Cabaran Uji Kesiapsagaan


KUALA KUBU BHARU – Satu latihan intensif melibatkan Kadet DPSK dan DLSK telah berjaya dilaksanakan pada 5 hingga 6 Februari 2026. Program yang bermula jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi ini bertujuan menguji tahap kesiapsagaan fizikal dan mental para kadet sebagai persediaan rapi menjelang Majlis Tamat Latihan serta penempatan akan datang.

Intipati Latihan
Aktiviti dimulakan dengan sesi Roll Call dan pemeriksaan mengejut (Spot Check) di asrama, di mana semua kadet menunjukkan disiplin tinggi dengan menepati masa serta sifar penemuan barang terlarang.

Kemuncak latihan merupakan Jalan Lasak Bersama Bebanan sejauh 12 Kilometer menuju ke Empangan Peretak. Cabaran ini memerlukan setiap kadet:

i. Memakai alat pernafasan lengkap (B.A Set).

ii. Membawa stretcher bersama mangsa sepanjang laluan.

Laporan Keselamatan & Logistik
Latihan yang dikendalikan oleh 15 orang jurulatih di bawah pimpinan Ketua Jurulatih, PBK I Mohd Yusri, berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Bagi memastikan keselamatan sepanjang sesi, unit utiliti berikut telah disediakan:

i. 1 Unit EMRS

ii. 1 Unit Hilux

Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan jurulatih di atas komitmen luar biasa menjayakan latihan ini sehingga menjelang waktu Subuh. Segala jasa dan bimbingan amat dihargai dalam membentuk sahsiah kadet yang berwibawa.

Sekian, makluman.