LAWATAN KONSULTASI “PROJECT 98 – STRENGTHENING CBRN MEDICAL EMERGENCY PREPAREDNESS AND RESPONSE IN SOUTHEAST ASIA (EMED)” KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (ABPM) WILAYAH TENGAH
LAWATAN KONSULTASI “PROJECT 98 – STRENGTHENING CBRN MEDICAL EMERGENCY PREPAREDNESS AND RESPONSE IN SOUTHEAST ASIA (EMED)” KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (ABPM) WILAYAH TENGAH
12 Jun 2025 (Khamis) – Suatu sesi lawatan konsultansi “Project 98 – Strengthening CBRN Medical Emergency Preparedness and Response in Southeast Asia (EMED)” telah berlangsung dengan jayanya bertempat di ABPM Wilayah Tengah, bermula jam 10.00 pagi tadi.
Lawatan selama setengah hari ini adalah bagi melengkapkan tentatif 3 hari lawatan (10 hingga 12 Jun 2025) daripada pihak “European Union Chemical, Biological, Radiological and Nuclear Risk Management Centers of Excellence (EU CBRN CoE)” ke negara-negara yang terlibat termasuk Malaysia bagi membangunkan modul Latihan “Master Trainers” yang khusus mengikut keperluan setiap negara.
Seramai enam (6) orang wakil daripada EU CBRN CoE diketuai oleh Dr. Raquel Duarte-Davidson (P98 Team Leader and Chemical Expert) telah hadir ke sesi lawatan sebentar tadi dan telah disambut mesra oleh Tuan Komandan ABPM Wilayah Tengah, YBrs. PKPjB Syufa’at bin Kamaron bertujuan bagi meninjau fasiliti yang terdapat di Akademi serta mengenalpasti peluang untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan perubatan CBRN negara melalui sesi pembentangan daripada Tuan Komandan sendiri.
PKPjB Murugiah a/l Muthusamy, Ketua Seksyen Pengurusan Operasi, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut berkesempatan berkongsi maklumat berkaitan kajian kes kemalangan industri iaitu kebakaran di Putra Height yang berlaku pada 1 April 2024 kepada peserta lawatan.
Turut diadakan ialah sesi penerangan dan demonstrasi gerak kerja pasukan Hazmat JBPM bagi menunjukkan prosedur pemakaian “chemical protective suit” (CPS) dan proses dekontaminasi sekiranya menghadapi operasi kemalangan melibatkan bahan-bahan berbahaya.
Turut serta di dalam sesi lawatan ini ialah pegawai-pegawai daripada kementerian dan agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kecemasan perubatan dan kesiapsiagaan CBRN negara.