LAWATAN KURSUS TUNNEL FIRE FIGHTING SIRI 1/2026
KUALA LUMPUR, 22 April – Pengajian Pemadaman Kebakaran telah melaksanakan lawatan lapangan bagi Kursus Tunnel Fire Fighting Siri 1/26 di Stesen MRT TRX (Laluan Putrajaya & Kajang) bermula jam 11 malam tadi.
Sesi pendedahan ini merangkumi:
Operasi Terowong: Pengalaman langsung di dalam terowong MRT.
Sistem Keselamatan: Taklimat Fire Control Room (FCR) dan sistem pemadaman kebakaran.
Logistik Penyelamatan: Demonstrasi penggunaan Motorised Track Trolley (Troli Bomba).
Latihan intensif hingga jam 5 pagi ini bertujuan memastikan peserta cekap dan bersedia mendepani situasi kecemasan di infrastruktur bawah tanah.
Sumber: Pengajian Pemadaman Kebakaran