LAWATAN TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN JPA KE ABPM WILAYAH TENGAH
 
12 Februari 2025,satu Lawatan Pelaksanaan Modul Bomba dan Penyelamat Siri II bagi Program DPA INTAN Tahun 2024/2025 telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perjalanan modul serta memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam memenuhi objektif latihan yang telah ditetapkan.
 
Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Mohd Zulkefley bin Mohd Sabri, Timbalan Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari JPA, wakil INTAN, serta pegawai akademi yang terlibat dalam modul ini.
 
Objektif Lawatan
1. Menilai keberkesanan pelaksanaan modul dalam membentuk kompetensi peserta dalam aspek kebombaan dan penyelamatan.
2. Memantau kemajuan peserta dalam mengikuti latihan yang melibatkan teori, amali serta ujian fizikal.
3. Mengenal pasti sebarang penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti modul pada masa akan datang.
 
Sekian, terima kasih.