πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€πŒπ€ππ€π“ πŠπŽπŒπ€ππƒπ€π π’π”πŠπ” πŠπ„-πŸ’ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’
π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ ππŽπŒππ€ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇

6 Disember 2024 | Dewan Cemerlang, ABPM Wilayah Tengah
SELANGOR: Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah hari ini menganjurkan Majlis Amanat Komandan Suku Ke-4 Tahun 2024 di Dewan Cemerlang, ABPM Wilayah Tengah. Majlis ini bermula pada jam 3.00 petang dengan kehadiran PKPjB Syufa’at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah, selaku tetamu kehormat.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa, disusuli bacaan doa bagi memberkati majlis. Dalam ucapan amanatnya, PKPjB Syufa’at menekankan nilai integriti, profesionalisme, dan tanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.
Majlis turut menyaksikan upacara pemakaian tanda pangkat kepada 4 orang pegawai Akademi iaitu:
PBK II Muhaimie bin Abdullah
PBK II (KUP) Mohd Munir bin Mohtar
PBK II (KUP) Mohd Hanezal bin Jalil
PBK II (KUP) Md Ridhwan bin Ab Latiff
Selain itu, anugerah Pekerja Contoh Suku Ke-4 Tahun 2024 turut diberikan kepada kakitangan yang terpilih. Sambutan hari lahir bagi warga akademi yang lahir pada bulan Oktober, November, dan Disember turut memeriahkan suasana.
Majlis diakhiri dengan jamuan mesra yang menjadi tanda penghargaan kepada semua hadirin sebelum bersurai.
Program ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform untuk menyampaikan amanat dan penghargaan tetapi juga memperkukuhkan hubungan kekeluargaan antara warga ABPM Wilayah.