MAJLIS AMANAT KOMANDAN SUKU TAHUN KEDUA 2025 ABPM WILAYAH TENGAH

Jumaat, 1 Ogos 2025 – Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah hari ini telah mengadakan Majlis Amanat Komandan Suku Tahun Kedua 2025 bertempat di Auditorium Haji Mansur. Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu turut disertai oleh seluruh warga kerja ABPM Wilayah Tengah dan berlangsung dalam suasana penuh semangat serta kebersamaan.

Majlis dimulakan dengan sesi Bengkel Rahsia Jimat Cukai oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), diikuti oleh ketibaan Komandan ABPM Wilayah Tengah, YBrs. PKPjB Syufa’at bin Kamaron pada jam 10.30 pagi. Turut berlangsung ialah nyanyian lagu, bacaan doa serta ucapan daripada pegawai-pegawai baru yang menyertai Akademi.

Majlis diteruskan dengan tayangan video montaj pencapaian akademi sepanjang tahun 2025 sebelum amanat disampaikan oleh YBrs. Komandan sendiri yang menekankan aspek profesionalisme, integriti dan semangat berpasukan dalam mendepani cabaran tugas sebagai anggota bomba dan penyelamat.

Antara acara utama majlis ialah:

i) Penyerahan Sijil Teknologis Profesional (Ts.) kepada PPjB Ts. Rusmaini bin Ahya

ii) Pemakaian pangkat PBK I Gred KB2 (KB24) kepada dua orang pegawai

iii) Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji kepada warga kerja terpilih

iv) Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi suku tahun kedua dalam kategori Pegawai Kanan dan Pegawai Sokongan

v) Penyampaian sumbangan kebajikan kepada kakitangan terlibat

vi) Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang ABPM Wilayah Tengah 2025

vii) Majlis ditutup dengan montaj sambutan hari lahir kakitangan bagi bulan April hingga Jun, diikuti dengan jamuan tengah hari dan bersurai pada jam 12.30 tengah hari.

Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menyampaikan amanat kepimpinan, malah turut meraikan pencapaian dan komitmen kakitangan dalam menyumbang kepada kecemerlangan ABPM Wilayah Tengah.