MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN PERISMA ABPM WILAYAH TENGAH 1446H

25/3/2025 (Selasa) - Majlis Khatam Tadarus Al-Quran PERISMA ABPM Wilayah Tengah telah berlangsung petang tadi bertempat di Surau Al-Mansuriah, Kuarters ABPM Wilayah Tengah.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran diikuti dengan doa khatam Al-Quran yang dipimpin oleh PBK I Rosdi bin Shafie.

YBrs. PKPjB Syufa'at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah selaku tetamu jemputan VIP kemudiannya menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Majlis berakhir dengan sesi penyerahan cenderahati kepada peserta tadarus PERISMA yang diketuai oleh Puan Rozita binti Abdul Manaf, Pengerusi PERISMA ABPM Wilayah Tengah dan seterusnya sesi bergambar bersama-sama Komandan.