MAJLIS PENTAULIAHAN DIPLOMA PASCASISWAZAH SAINS KEBOMBAAN SIRI 1 TAHUN 2024 DAN DIPLOMA LANJUTAN SAINS KEBOMBAAN SIRI 2 TAHUN 2024
30.5.2025: Majlis Pentauliahan Diploma Pascasiswazah Sains Kebombaan Siri 1 Tahun 2024 dan Diploma Lanjutan Sains Kebombaan Siri 2 Tahun 2024 telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada pagi tadi dan disempurnakan oleh YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Majlis Tamat Latihan ini melibatkan seramai 58 orang pegawai kadet, terdiri daripada 45 orang pegawai bagi Diploma Pascasiswazah Sains Kebombaan Gred KB9 Siri 1/2024 (39 orang lelaki dan 6 orang wanita) dan 13 orang pegawai Diploma Lanjutan Sains Kebombaan Gred KB5 Siri 2/2024 (9 orang lelaki dan 4 orang wanita).
Mereka mula melapor diri di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah bermula pada 12 Ogos 2024 dan menjalani modul kursus di akademi selama 9 bulan sehinggalah pada tarikh keramat hari ini iaitu 30 Mei 2025.
Kejayaan Majlis Tamat Latihan ini merupakan satu penanda bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terus komited dalam menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan profesional bagi memastikan keselamatan rakyat serta aset negara sentiasa terpelihara.