MAJLIS PERASMIAN BENGKEL PENYEDIAAN SPESIFIKASI TEKNIKAL JBPM 2026
Kuala Kubu Bharu, 10 November 2025 – Yang Amat Setia Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), telah merasmikan Bengkel Penyediaan Spesifikasi Teknikal bagi Perolehan di bawah Peruntukan Pembangunan (DE) dan Peruntukan Mengurus (OE) JBPM Tahun 2026 yang diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah pagi tadi.
Turut hadir YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), YS PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan serta YBrs. PKPjB Syufa’at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah.
Bengkel yang berlangsung selama 5 hari ini (10-14 Nov. 2025) bertujuan bagi memperkukuhkan kecekapan dan ketelusan dalam penyediaan spesifikasi teknikal bagi perolehan JBPM Tahun 2026.
Selesai majlis, YAS Dato’ Sri Ketua Pengarah turut berkesempatan meninjau kawasan persekitaran Akademi bersama Komandan ABPM Wilayah Tengah dan beramah mesra bersama pelatih Kadet DPSK dan DLSK Siri 1/2025 yang sedang menjalani kursus di Akademi ini.
#JBPM #ABPMWilayahTengah #BombaMalaysia #BengkelSpesifikasiTeknikal #IntegritiDalamPerolehan