PELUNCURAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-69 DAN CERAMAH KEMERDEKAAN ABPM WILAYAH TENGAH TAHUN 2026 🇲🇾
KUALA KUBU BHARU, 31 JULAI 2026 – Semangat patriotisme membara meliputi Auditorium Haji Mansur hari ini apabila Program Peluncuran Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 dan Peluncuran Bulan Kemerdekaan Peringkat Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah telah selamat dan berjaya dilaksanakan.
Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah disempurnakan oleh YBrs. PKPjB Syufa'at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah.
💡 Pengisian Utama dan Highlights Majlis:
* 🗣️ Ceramah Kemerdekaan: Warga akademi diserikan dengan perkongsian bermakna bertajuk "Jiwa Merdeka, Minda MADANI: Asas Kesejahteraan Ummah" yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Yang Berbahagia Ustaz Mohd Zulkifli bin Makhtar (Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pengajian Usuluddin / Pensyarah Kanan Darul Quran JAKIM). Ceramah tersebut menyuntik kesedaran bahawa kemerdekaan sebenar menuntut pembebasan jiwa daripada hawa nafsu dan pemikiran negatif serta penerapan nilai-nilai MADANI.
* 🇲🇾Gimik Penyerahan Jalur Gemilang: Simbolik penyerahan bendera kemegahan negara oleh barisan ketua pengajian dan pegawai kanan sebagai penanda bermulanya semarak Bulan Kemerdekaan di peringkat ABPM Wilayah Tengah.
* 🎶 Nyanyian "Jalur Gemilang": Gema suara penuh bersemangat daripada seluruh warga ABPM Wilayah Tengah mengibarkan Jalur Gemilang bersama-sama.
> "Sebagai pegawai dan anggota penyelamat, erti kemerdekaan buat kita bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi bagaimana kita menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti, disiplin, dan profesionalisma." — PKPjB Syufa'at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Kerja serta warga ABPM Wilayah Tengah yang menjayakan majlis ini dengan penuh gilang-gemilang!
"MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI"