PEMERIKSAAN FIZIKAL ASET ALIH KE ATAS PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DAN LAWATAN SECARA FIZIKAL NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN BAGI SKOP BELANJA TAHUN 2024/2025 KE ATAS PTJ AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (ABPM) WILAYAH TENGAH OLEH JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SELANGOR (JANMSEL)

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra dan Salam Malaysia Madani.

YAS Dato'/Tuan / YS Dato'/Tuan,

18 Jun 2025 (Rabu) - ABPM Wilayah Tengah telah selesai menjalani dua (2) sesi naziran daripada JANMSEL sebentar tadi.

1) Pemeriksaan fizikal Aset Alih daripada JANMSEL telah berlangsung selama dua (2) hari (16 dan 18 Jun 2025) terdiri daripada sepuluh (10) orang juruaudit, bertujuan untuk memastikan PTJ mematuhi semua peraturan perakaunan aset semasa yang berkuatkuasa.

2) Naziran pematuhan perakaunan akruan bagi skop belanja tahun 2024/2025  JANMSEL telah berlangsung selama satu (1) hari iaitu pada hari ini, terdiri daripada tujuh (7) orang juruaudit, bertujuan memastikan PTJ mematuhi semua peraturan kewangan  yang berkuatkuasa.

Sesi pemeriksaan dan naziran telah berjalan dengan lancar dan seluruh kakitangan ABPM telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan diterajui sendiri oleh Komandan, YBrs. PKPjB Syufa'at bin Kamaron.