PUTRAJAYA (1 September 2023)- Bertempat di Dewan Sutera Ibu Pejabat JBPM Putrajaya telah diadakan Perhimpuan Bulanan Ibu Pejabat JBPM. Majlis ini dihadiri oleh Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin Ketua Pengarah JBPM.

Majlis ini juga telah diadakan perasmian E-Informatif ABPM Wilayah Tengah dan Pemakaian Patch Instructor Komandan ABPM Wilayah Tengah. Komandan ABPM Wilayah Tengah mengiringi YAS Ketua Pengarah JBPM bersama YAS TKP (Pembangunan) dan juga YS Pengarah Bahagian Latihan bagi menyempurnakan upacara perasmian.

UNIT PERHUBUNGAN AWAM ABPM WILAYAH TENGAH