𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐌𝐮𝐥𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
Khamis, 13 Feb. - Program Kesihatan Pergigian sempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut Tahun 2025 telah berlangsung di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bermula jam 9.00 pagi tadi.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Selangor ini telah menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan seperti ceramah pergigian, pemeriksaan gigi, saringan kanser mulut serta pameran pergigian.
YBrs. PKPjB Syufa'at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah turut hadir bersama-sama pegawai Akademi serta pelatih kadet bagi menjayakan program ini.
Pejabat Kesihatan Pergigian Hulu Selangor