19 DISEMBER 2023 (KUALA KUBU)-Makluman satu Seminar Keselamatan Kebakaran Bangunan Berstrata anjuran bersama JBPM Negeri Selangor dan ABPM Wilayah Tengah telah diadakan di Dewan Cemerlang ABPM Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu.

YS Pengarah JBPM Negeri Selangor PKPjB Hj. WAN MD RAZALI BIN Hj. WAN ISMAIL telah dijemput sebagai Perasmi dan diringi oleh Komandan ABPM Wilayah Tengah. Seminar ini berlangsung dengan seramai 77 peserta seluruh Negeri Selangor dan 7 Kertas Kerja telah dibentangkan oleh penceramah pelbagai agensi. 

Unit Perhubungan Awam ABPM Wilayah Tengah