SEMINAR PEMANTAPAN AKIDAH: PENGENALAN PRINSIP DAN ASAS PENDIRIAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH
13 Jun 2025 (Jumaat) - Sebuah majlis ilmu yang bertemakan "Pemantapan Akidah: Pengenalan Prinsip dan Asas Pendirian Ahli Sunnah Waljamaah" telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Auditrium Haji Mansur, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah.
Program ini adalah dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor. YBrs. PKPjB Syufa’at bin Kamaron, Komandan ABPM Wilayah Tengah terdahulu hadir bagi mnyampaikan ucapan alu-aluan selaku tuan rumah majlis. YBrs. Ustaz Mohd Faiz Bin Mohd Misran, Pegawai Hal Ehwal Islam, PAID Hulu Selangor telah menyempurnakan majlis perasmian pada seminar tersebut.
Seramai 2 orang penceramah jemputan khas telah menyampaikan ceramah pada seminar kali ini, iaitu YBhg. Ustaz Aizuddin Hakim Bin Mohd Yusof, Ketua Pusat Islam UNIRAZAK Kuala Lumpur dan Tuan Mohd Kairi bin Sahudin, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shah Alam.
Seluruh warga muslimin dan muslimat ABPM Wilayah Tengah bersama-sama 30 orang jemputan daripada pegawai JBPM Negeri Selangor menghadiri seminar ini. Turut serta sebagai jemputan peserta seminar ialah hampir 50 orang pegawai dan kakitangan kerajaan daripada daerah Hulu Selangor. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.
Sesungguhnya, majlis seperti ini amat bererti dalam mendidik hati, memperteguh pegangan dan membina kefahaman yang benar terhadap pegangan akidah.