GENTING HIGHLANDS, 23 April – Pengajian Keselamatan Kebakaran telah menganjurkan lawatan sambil belajar bagi Kursus Smoke Management Siri 1/26 bertempat di Genting World Resort, pagi tadi.
Lawatan yang bermula jam 10.00 pagi itu bertujuan memberikan pendedahan praktikal kepada peserta mengenai:
Sistem Pengurusan Asap: Memahami pengoperasian sistem secara langsung di premis berskala besar.
Pengurusan Keselamatan: Taklimat pengurusan risiko kebakaran dan struktur pasukan keselamatan premis.
Respon Kecemasan: Pendedahan strategi pemadaman dan prosedur bertindak jika berlaku kecemasan.
Program ini memastikan peserta dapat mengaitkan teori pembelajaran dengan realiti pengoperasian sistem keselamatan kebakaran di lapangan.
Sumber: Pengajian Keselamatan Kebakaran