UKTK 2026: MEMPERKASA KECEKAPAN TAKTIKAL WIRA MERAH 🔥
Sedang berlangsung di ABPM Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan (UKTK) 2026 melibatkan Pegawai Bomba Gred KB1 hingga KB4. Program intensif ini memfokuskan kepada pemantapan kemahiran teknikal dan kecergasan operasi bagi memastikan setiap anggota sentiasa berada pada tahap terbaik dalam mendepani apa jua cabaran kecemasan.
Meskipun dalam cuaca mencabar dengan pakaian operasi lengkap, semangat kental para peserta jelas terpancar di padang kawad demi mencapai standard kompetensi yang ditetapkan. Sama-sama kita doakan agar urusan ujian ini berjalan lancar dan semua pegawai terus komited meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselamatan masyarakat dan negara. 💪🚒