PKK 2023 Fire Fighters Challenge

PKK 2023 Fire Fighters Challenge

PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
TARIKH: 2 HINGGA 5 OKTOBER 2023
LOKASI: AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH TIMUR, WAKAF TAPAI TERENGGANU
ACARA FIRE FIGHTERS CHALLENGE

4 Oktober 2023 - Astaka ABPM Wilayah Timur menjadi lokasi pelepasan bagi Acara Fire Fighters Challenge (FFC). Pasukan dari JBPM Negeri Terengganu menjadi pasukan terawal yang telah dilepaskan oleh YS PKPjB Dato’ Hj. Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Latihan JBPM pada jam 8.30 pagi. Setiap pasukan diwakili oleh sebelas (11) orang peserta terdiri dari seorang Pegawai Bomba berpangkat Gred KB29 – KB32 yang dilantik sebagai Ketua Pasukan, seorang pembantu berpangkat Gred KB22, seorang Gred KB19 daripada pasukan EMRS negeri dan lapan (8) orang Gred KB19 termasuk seorang peserta wanita. Melalui Acara FFC ini, ketahanan fizikal dan mental para peserta teruji .

Perancangan dan strategi setiap pasukan memainkan peranan yang utama dalam menyelesaikan permasalahan disepanjang check point yang telah ditetapkan. Jarak keseluruhan perjalanan adalah sejauh (lebih kurang) lapan (8) kilometer yang mengandungi 1 garisan permulaan, 5 check point (stesen pemeriksaan) dan 1 garisan penamat. Para peserta yang lengkap berpakaian celoreng perlu melalui berbagai cabaran samada secara berjalan kaki atau berlari dengan merentas jalan, belukar, hutan, kawasan berair dan kawasan tidak rata. Para peserta telah melaksanakan beberapa cabaran seperti melalui halangan, membawa beban, memasuki kolam @ dam, menyelamat mangsa serta memadam kebakaran. Pasukan dari JBPM Negeri Pulau Pinang menjadi pasukan terakhir yang telah dilepaskan pada jam 1.48 petang.

LENSA ACARA

PKK 2023 Hantaran Jauh Berhalangan

PKK 2023 Hantaran Jauh Berhalangan

PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN (PKK) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023
Lokasi: AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH TIMUR, WAKAF TAPAI TERENGGANU.
Tarikh Pertandingan: 2 hingga 5 Oktober 2023


Pelepasan Acara

3 Okt 2023 ( Isnin) - Bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah diadakan Majlis Perasmian Pertandingan Kawad Kecekapan 2023 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah dirasmikan oleh PKPjB Dato' Hj. Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh PPjB Haji Hassan As'ari bin Haji Omar( Pengarah JBPM Terengganu), PPjB Mohd Razam bin Taja Rahim (Ketua Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan Latihan) , Komandan –komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia , Penolong-penolong Pengarah Latihan Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Akademi, Para jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia serta para peserta pertadingan PKK tahun 2023.

Pertandingan PKK 2023 ini melibatkan 16 buah negeri dan 3 acara pertandingan. Antara pertandingan yang akan berjalan pada 3 hingga 5 Okt 2023 ini adalah Pertandingan Hantaran Jauh Berhalangan , Breveheart Challenge Lelaki dan Wanita serta Fire Fighter Challenge (FFC). Majlis diserikan dengan pelancaran gimik Pertandingan PKK 2023 oleh PKPjB Dato' Hj. Norazam bin Khamis di tapak Pertandingan Hantaran Jauh Berhalangan menandakan bermulanya Pertandingan PKK tahun 2023 .

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Wilayah Timur Jln Kuala Berang, 21040 Marang, Terengganu

Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan