Koleksi Foto

15 FEBRUARI 2026 - Lawatan kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk Mohd Zamri Bin Mat Zain ke projek Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur bertujuan meninjau perkembangan pelaksanaan projek serta memastikan setiap perancangan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Lawatan ini turut memberi ruang perbincangan bersama pasukan pelaksana bagi memperhalusi isu-isu teknikal dan menambah baik aspek pengurusan serta pembangunan projek demi memastikan hasil yang optimum dan memberi manfaat kepada semua.
Komitmen berterusan KPKT dalam memantau projek di lapangan mencerminkan kesungguhan kementerian dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan dilaksanakan secara cekap, berkesan dan berimpak tinggi.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Wilayah Timur Jln Kuala Berang, 21040 Marang, Terengganu

Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan