LAWATAN TIMBALAN PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN KEWANGAN

Pada 14 Ogos 2019, Lawatan Timbalan Penolong Pengarah Pengurusan Kewangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak (ABPM). Tujuan lawatan ini diadakan bagi meninjau persiapan dan kesiapan siagaan ABPM Wilayah Sarawak sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang baru. Lawatan ini telah dihadiri oleh oleh Encik Richard Barahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Kewangan), Bahagian Pengurusan JBPM, Cik Kong Yen Peng, Akauntan (Unit Bajet dan Akaun) Bahagian Pengurusan JBPM dan diiringi oleh Puan Radiah binti Muhamed @ Muhamad, Penolong Pengarah Pengurusan JBPM Negeri Sarawak. Dalam sesi ini, taklimat telah disampaikan oleh PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak tentang latar belakang ABPM Wilayah Sarawak.

 

    

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1620939241370203

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PESERTA KSSK SIRI 1/2019

Salam Hari Raya Aidil Adha daripada kami seluruh warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Disini, admin nak belanja sedikit daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh adik-adik kita dari peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019 (KSSK Siri 1/2019) dalam persiapan dan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah : - Gotong royong dan majlis korban di Kampung Buso, Bau - anjuran Penghulu Kampung Buso. - Sesi pembelajaran Al-Quran dan Fardhu Ain. - Solat Hari Raya Aidil Adha di Masjid Bau. - Jamuan. - Solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama Pegawai ABPM Wilayah Sarawak dan anggota-anggota Balai Bau di Surau Darul Taqwa, ABPM Wilayah Sarawak. - Ceramah Agama. - Tayangan ceramah agama. Diharap dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan ABPM Wilayah Sarawak mampu diserap oleh perserta KSSK ini. INGATLAH dua perkara iaitu : KEBAIKAN orang lain kepada kita dan KESALAHAN kita kepada orang lain. LUPAKANLAH dua perkara iaitu : KEBAIKAN kita kepada orang lain dan KEJAHATAN orang lain kepada kita. Salam Aidiladha.

      

 

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1616004951863632

MAJLIS PELANCARAN EKSA

Pada 02 Ogos 2019, Majlis Pelancaran Eksa (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Majlis ini telah disempurnakan oleh PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Pelancaran EKSA 2019 secara gilang gemilangnya disempurnakan oleh Komandan di Taman Gazebo dengan diiringi oleh Fasilitator EKSA TPgB Madu anak Anggut serta Pegawai-Pegawai Kanan Akademi, Jurulatih – Jurulatih Akademi serta peserta Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019 (KSSK Siri 1/2019). Seusai majlis pelancaran, kesemua pegawai akademi mengiringi Tuan Komandan bagi lawatan ke Zon EKSA ABPM Wilayah Sarawak iaitu Bung Bratak, Bung Jagoi, dan Bung Orat. Gotong royong perdana turut diadakan sekali dalam memastikan ekosistem yang kondusif serta persekitaran yang tenang di ABPM Wilayah Sarawak. Dalam kesempatan ini juga, pihak pengurusan Akademi turut mengadakan sambutan hari jadi pegawai-pegawai Akademi serta peserta KSSK Siri 1/2019 yang lahir pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Antara pegawai yang diraikan pada sambutan hari jadi ini ialah : TPgB Madu anak Anggut dan PB Yngwie Malmsteens anak Lingki yang lahir pada bulan Jun. PB Mohammad Seimi bin Amit yang lahir pada bulan Julai, dan PBK II Dus anak Kinchon dan PB Dessman Yap Shuen Yih yang lahir pada bulan Ogos. Ucapan Semoga panjang umur dan murah rezeki kepada semua pegawai-pegawai ini. Dengan Majlis Pelancaran EKSA pada hari ini, maka bermula “tagline” EKSA ABPM Wilayah Sarawak “Persekitaran Berkualiti, Warga Efektif”.

    

https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1606914632772664